HAK – HAK RAKYAT DALAM SEBUAH NEGARA DEMOKRASI
1. Mendapat kemudahan kesihatan percuma.
2. Mendapat kemudahan pelajaran percuma bagi anak-anak hingga ke Unibersiti.
3. Mendapat semua kemudahan asas seperti :-
a) Air paip
b) Letrik
c) Jalan raya / jalan kampong
d) Kemudahan pengangkutan awam
e) Dewan orang ramai
f) Tempat beramal (masjid / tokong / kuil) dan lain-lain.
g) Bantuan kewangan kepada anak yatim, fakir miskim, OKU, ibu tunggal, bemcana alam dll.
4. 4. Mendapat sekurang-kurangnya tapak ruma 4. Mendapat sekurang-kurangnya tapak rumah sendiri untuk tempat tinggal
5. Mendapatkan (tanpa pilih kasih) apa juga lesen atau lain-lain kemudahan yang diperlukan untuk menjalankan samada aktiviti ekonomi,keugamaan ataupun sosial.
Tiada sesiapa / parti poliik yang memerintah berhak menidakkan anda (rakyat) dari mendapatkan
lima (5) HAK UTAMA ANDA sebagai seorang rakyat yang membayar pelbagai cukai.
Jika ada, mereka/parti politik yang memerintah tidak akan dapat kekal LAMA memerintah sesebuah
negara demokrasi.
BAHAWASANYA :-
parti politik berkenaan teristimewa atau telah berjasa besar kepada rakyat hinggakan mereka /parti yang memerintah perlu disanjung tinggi.
KETAHUILAH:-
JIKA ANDA MEMIKIRKAN ……………… (?)
PEMIMPIN ANDA TIDAK JUJUR – ANDA BERHAK (100%)
MENYINGKIRKAN PEMIMPIN YANG:-
1. Anda ketahui “korup” umpamanya:-
a. Meminta imbuhan sebelum meluluskan projek / kontrak atau kemudahan lain (spt. Lesen dsb.).
b. Meminta imbuhan (%) sebagai balasan mendapatkan satu-usahasama dalam / luar negara.
2. Mementingkan diri sendiri umpamanya:-
a. Mengambil kesempatan mengkayakan diri sendiri dan anggota keluarganya dengan berbagai-bagai cara.
3. Menyalahgunakan kuasa umpamanya:-
a. Meluluskan projek / kontrak atau kemudahan untuk anggota keluarganya atau penyokong politiknya atau rakan-rakannya.
4. Sukar untuk ditemui apabila diperlukan oleh kerana selalu tidak ada dikawasannya.
5. Bersikap angkuh:-
a. Enggan menyertai majlis kenduri-kendara kawasannya.
b. Memerlukan temu janji terlebih dahulu sebelum menemuinya.
6. Tidak menunaikan janji-janji yang telah dibuatnya.
7. Mengamalkan konsep “cari makan” iaitu:-
a. Tidak mengambil berat terhadap tanggungjawabnya.
8. ‘Takut’ untuk mempertahankan prinsip dirinya dan keadilan. Takut untuk menyuarakan bantahan atau menyampaikan hasrat rakyat – oleh kerana bimbang akan dianggap ‘pelampau’ dan berkemungkinan tidak akan dicalunkan lagi oleh parti dimasa hadapan.
KETAHUILAH
Tidaklah susah untuk mengenal pasti Pemimpin yang “TIDAK JUJUR”:-
Ini boleh dilakukan dengan cara memerhatikan kehidupan mereka yang jauh lebih mewah
selepas menjadi Pemimpin umpamanya:-
a. Memiliki rumah batu yang besar + kolam renang.
b. Memiliki beberapa buah kereta mewah.
c. Harta-harta lain.
Padahal sebelum ini mereka tidak memiliki itu semua. Kehidupan mereka sederhana dan biasa sahaja.
Dari manakah mereka memperolehi semua itu dalam masa yang singkat……..? Jika dikirakan pendapatan bulanan (gaji + elaun) resmi yang mereka perolehi……… berapalah sangat. Adalah mustahil bagi mereka untuk memiliki semua itu dan hidup mewah.
OLEH ITU MEREKA YANG SEDEMIKIAN PERLU DISINGKIRKAN.
BAGAIMANA UNTUK MENYINGKIRKAN MEREKA ……………. ?
ANDA PERLU:-
1. Jujur, ikhlas dan penuh didikasi.
2. Bertindak secara beramai-ramai / berkumpulan.
3. Tidak lagi memilih mereka dimasa akan datang, walau diberi imbuhan (rasuah)
4. Menyertai parti politik yang BARU YANG BELUM TERCEMAR.
5. Bergiat cergas didalam parti berkenaan.
KEJAYAAN MENANTI ANDA …………… INSA’ALLAH.
**********************
KENAPA KINI PERLUNYA SEBUAH PARTI BARU …………….. ?
1. Terdapat tidak kurang dari 60% warga Malaysia yang berumur 18 tahun keatas yang tidak MENGAHLI mana-mana parti politik. Majoritinya gulungan muda / mudi.
2. Sebahagian besar dari mereka enggan MENGAHLI mana-mana parti politik yang sediada atas beberapa sebab, antaranya yang utama:-
2 . 1 : Terdapat parti yang “alam sekitarnya” terlalu TERCEMAR dan dipenuhi dengan Pemimpin-pemimpin yang tidak bermoral, angkuh, tamak / salahguna kuasa, rasuah dan lain-lain gejala lagi.
2 : Terdapat Pemimpin parti yang mengamalkan :
“ example of bad leadership “
BUKANNYA
“ leadership by example “.
3 : Kebanyakan Pemimpin parti mengutamakan:
“ pembangunan diri dan keluarga “
TIDAK
“ pembangunan bangsa dan negara “.
4 : Amalan Pemimpin atasan parti yang sentiasa ingin terus berkuasa, jika boleh hingga kemati. Mereka seringkali enggan untuk memberi laluan kepada Pemimpin Pelapis untuk mengambil alih.
5 : Permainan politik wang dikalangan pemimpin parti menyebabkan mereka sukar untuk disingkirkan.
6 : Tidak kurang hebatnya, kegiatan menggunakan kuasa dan pengaruh untuk menutup semua perbuatan buruk yang telah mereka lakukan.
7 : Selain dari itu. Jika adapun parti dimana Pemimpinnya boleh dianggap bersih, majoriti keahliannya terdiri dari sesuatu keturunan sahaja. Parti sedemikian juga sia-sia untuk DIAHLI oleh kerana agak sukar untuk berjaya mencapai apa juga matlamatnya tanpa sokongan kuat dari semua keturunan.
3. Penubuhan PARTI BARU sebagai suatu cara untuk menyingkirkan parti yang “TERCEMAR” atau sekurang-kurangnya menyekat parti berkenaan dari memperoleh kerusi majoriti 2/3 diParlimen yang menjadi punca gejala di 2 . 1 hingga 2 . 7 berlaku dengan berleluasa.
Dan
“YANG MISKIN BERTAMBAH SENANG”
- insa’allah -
Berikut adalah “ kriteria “ utama sesebuah parti. Ada yang tak terdapat dalam parti-parti sedia ada :--
KRITERIA DIPERLU UNTUK SEBUAH PARTI BARU
dikerahui oleh parti komponen lain. Ini amat merbahaya
Tidak semua yang didengar itu “ berirama indah “..?
Tidak semua yang diterima itu “ cenderamata “ ….?
Tidak semua yang dirasa itu “ enak “ …………….?
-------------------------
“ Forum Rakyat “. Ia akan diada disetiap kawasan Parlimen ( DUN bagi Negeri)
Dasar-dasar baru juga akan diperkenalkan.
Antaranya yang utama ialah :
Dimasa-masa yang akan datang Parti yang membentuk Kerajaan yang memerintah tidak lagi sentiasa sahaja memberi terutama memberikan perkara-perkara yang kurang diperluerlukan sercara langsung dan segera oleh rakyat.
Nota:
MENGENALI PARTI BARU ANDA (PARTI BRIEF)
( United Bumiputra Netional Organisation)
LAMBANG : Contoh dikembarkan
MATLAMAT : Rujuk Perlembagaan ………………………………………?
diPUTRAkan dibumi Malaysia mengikut kategori berikut :-
i) Pelapis Pemuda / Pemudi berumur 18 hingga 35 tahun
ii) Ahli Biasa Lelaki / Wanita berumur 36 tahun keatas.
Nota : Lain-lain keahlian - Rujuk Perlembagaan………….?
3 perhimpunan dwi tahunan peringkat Kebangsaan diadakan secara berasingan.
Setiap 4 tahun ada pemilihan berikut :
1. AHLI MAJLIS KEBANGSAAN.
2. AHLI MAJLIS WANITA KEBANGSAAN.
3. AHLI MAJLIS PELAPIS PEMUDA KEBANGSAAN.
4. AHLI MAJLIS PELAPIS PEMUDI KEBANGSAAN.
Setiap satu dianggotai oleh :
a. Presiden.
b. 3 orang Timbalan Presiden mewakili 3 keturunan.
c. 21 orang Naib Presiden mewakili 3 keturunan.
Nota 1 : Majlis-majlis 2, 3, & 4 diatas diketuai oleh Pengerusi, Timbalan dan Naibnya.
2 : 4 jawatan Naib Presiden secara otomatik diperuntukan kepada ahli parti yang menerajui :
i) Kepimpinan Kesatuan Sekerja Kebangsaan.
ii) Kepimpinan Badan-badan Profesional Kebangsaan.
d. 31 orang Ahli Majlis Biasa mewakili 3 keturunan.
e. Setiausaha.
f. Bendahari.
g. Pengurusi Forum Rakyat.
h. Pengurusi Perhubungan Antarabangsa.
i. Pengurusi Perhubungan Kebangsaan.
j. 3 orang Ahli Majlis Biasa yang dilantik.
k. 6 orang Juruodit Dalam.
( Hampir 300 jawatan dipertandingkan )
Peringkat Negeri :
4 perhimpunan dwi tahunan peringkat Negeri diadakan secara berasingan.
Setiap 4 tahun ada pemilihan berikut :
1. AHLI MAJLIS NEGERI.
2. AHLI MAJLIS WANITA NEGERI.
3. AHLI MAJLIS PELAPIS PEMUDA NEGERI.
4. AHLI MAJLIS PELAPIS PEMUDI NEGERI.
Setiap satu dianggotai oleh :
a. Pengurusi.
b. 3 orang Timbalan Pengurusi mewakili 3 keturunan.
c. 14 orang Naib Pengurusi mewakili 3 keturunan.
d. 21 orang Ahli Majlis Biasa mewakili 3 keturunan.
e. Setiausaha.
f. Bendahari.
g. Ketua Forum Rakyat.
h. Ketua Perhubungan.
i. 3 orang Ahli Majlis Biasa yang dilantik.(mewakili Badan Profesional
peringkat Negeri)
j. 6 orang Juruodit Dalam.
( Hampir 200 jawatan dipertandingkan di setiap Negeri )
Peringkat Kawasan :
(Bersamaan dengan setiap Kawasan Kerusi Dewan Rakyat)
-----------------------------------------------------------------------
1. AHLI MAJLIS KAWASAN.
2. AHLI MAJLIS WANITA KAWASAN.
3. AHLI MAJLIS PELAPIS PEMUDA KAWASAN.
4. AHLI MAJLIS PELAPIS PEMUDI KAWASAN.
Setiap satu dianggotai oleh :
a. Pengurusi.
Nota : Keturunan Pengurusi tertakluk kepada kaum majoriti penduduk / keahlian parti di kawasan berkenaan.
b. 3 orang Timbalan Pengurusi mewakili 3 keturunan.
c. 6 orang Naib Pengurusi mewakili 3 keturunan.
d. 17 orang Ahli Majlis Biasa.
Nota : Kelebihan dari segi bilangan diberi kepada kaum majoriti penduduk / keahlian part dikawasan berkenaan.
e. Setiausaha.
f. Bendahari.
g. Ketua Forum Rakyat.
h. Ketua Perhubungan.
i. 3 orang Ahli Majlis Biasa yang dilantik.
j. 6 orang Juruodit Dalam.
( Hampir 200 jawatan dipertandingkan di setiap Kawasan )
Peringkat Bahagian
(Bersamaan dengan setiap Kawasan Kerusi
Dewan Undangan Negeri)
--------------------------------------------------------
4 sidang dwi tahunan Parawakil Bahagian diadakan secara berasingan.
Setiap 4 tahun ada pemilihan berikut :
1. AHLI MAJLIS BAHAGIAN.
2. AHLI MAJLIS WANITA BAHAGIAN.
3. AHLI MAJLIS PELAPIS PEMUDA BAHAGIAN.
4 AHLI MAJLIS PELAPIS PEMUDI BAHAGIAN.
setiap satu dianggotai oleh :
a. Pengurusi.
Nota : Keturunan Pengurusi tertakluk kepada kaum majoriti penduduk / keahlian parti dibahagian berkenaan.
b. 3 orang Timbalan Pengurusi mewakili 3 keturunan.
c. 6 orang Naib Pengurusi mewakili 3 keturunan.
d. 23 orang Ahli Majlis Biasa.
Nota : Kelebihan dari segi bilangan diberi kepada kaum majoriti penduduk / keahlian parti dibahagian berkenaan.
e. Setiausaha.
f. Bendahari.
g. Ketua Forum Rakyat.
h. Ketua Perhubungan.
i. 3 orang Ahli Majlis Biasa yang dilantik. (mewakili Badan Profesional
peringkat Bahagian )
j. 6 orang Juruodit Dalam.
( Hampir 200 jawatan dipertandingkan di Bahagian )
NOTA : TIDAK PERLU ADA CAWANGAN YANG BAKAL TUMBUH MACAM CENDAWA -
SUKAR DIKAWAL. (Lain-lain : Rujuk kepada Perlembagaan yang lengkap).
Nota: KOMEN MEMBINA DIALU-ALUKAN / Penaja yang berminat untuk mengunakan
konsep diatas boleh bekal alamat & no telepon untuk dihubongi.
Ipoh 17/11/2008